Monday, November 7, 2011

apa itu maksiat ?

bismillahirohmanirohim ^^

haritu kita bercerita pasal pelaku maksiat dan apa maksiat yang dia buatkan...

belum baca ? sapa dia yang tak baca lagi hampa boleh klik SINI ...

ok...ramai orang tak tau apa itu maksiat..atau ramai yang tau apa tu maksiat tapi buat tak tau macam orang yang tak tau apa tu maksiat..err.. paham ?

kalau tak tau apa itu maksiat...jom kita terjah !

maksiat adalah perkara yang dilarang oleh Allah

Dosa-dosa masuk pada diri seseorang di bawah laknat Rasulullah s.a.w. Beliau melaknat maksiat dan perbuatan lain yang lebih besar, seperti:


  • Beliau melaknat orang yang mentatoo dan yang minta ditatoo.
  • Beliau melaknat orang yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan.
  • Beliau melaknat orang yang mencabut bulu keningnya.
  • Beliau melaknat orang yang memangur gigi dan yang minta dipangur giginya.
  • Beliau melaknat orang yang meminum minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menghidangkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membuat minuman keras.
  • Beliau melaknat orang minta dibuatkan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang menjual minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membeli minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang ikut makan daripada hasil penjualan minuman keras.
  • Beliau melaknat orang yang membawa minuman keras.
  • Beliau melaknat pencuri.
  • Beliau melaknat anak yang mengutuk orang tuanya.
  • Beliau melaknat lelaki yang meniru gaya wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
  • Beliau melaknat orang yang menyembelih haiwan kerana selain daripada Allah.
  • Beliau melaknat para penggambar/pelukis.
  • Beliau melaknat lelaki yang berbuat seperti kaum Luth (homoseksual).
  • Beliau melaknat anak-anak yang menghina ibubapanya.
  • Beliau melaknati orang yang menyesatkan orang buta dan seterusnya...
 Sungguh banyak perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.


 Perkara-perkara lain yang juga terlaknat adalah:
  • Allah dalam kitab-Nya melaknat orang yang membuat kerosakan di bumi dan orang memutuskan tali silaturahim.

  • Allah melaknat sesiapa yang menyimpan keterangan dan petunjuk yang diturunkan-Nya

  • Allah melaknat orang-orang yang menuduh wanita beriman yang baik-baik dengan tuduhan keji.

  • Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.
seksi kan i...i jantan ok.....

  • lelaki dan perempuan yang melakukan zina

 Masih banyak hadis lain yang berisi laknat terhadap perbuatan manusia yang melanggar hukum-hukum ALLAH.




dekat atas nie antaranya sahaja...kalau nak di senaraikan tak tersenarai pulak nanti kan..kita pun mana mau baca panjang2...kan..kan..kan ? hehe..

tergolong antara di atas ? jangan risau...masih belum terlambat..baca di bawah nie..

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:110)

jadi...jom berubah dan selamat beramal ^^
  

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...